Selamat datang ke Blog Saya

Friday 14 October 2011

Cinta dan Air Mata (bab 3)

Cinta dan Air Mata (bab 3) - Jatuh cinta

Hari demi berhari berlalu. Malam bersilih ganti. Begitu pantas sekali masa yang berlalu. Sepintas angin menderu.Tanpa disedari sudah seminggu Mia di sekolah barunya. Dia pun sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah. Ko-kurikulum juga sudah bermula. Di Sekolah Menengah Kebangsaan  Dato Haji Mohd Redza, semasa ko-kurikulum, mereka diwajibkan memakai pakaian seragam yang telah mereka daftarkan. Mia dan Ida telah mendaftar di bawah pasukan Kadet Polis, Yuri,Fara dan  Zara pula menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) manakala Ekin meyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Walaupun Mia pelajar baru, Mia telah memegang jawatan bendahari kadet polis. Mia ditugaskan untuk mengutip yuran ahli pada perjumpaan pertamanya. Pada hari pertama ko-kurikulum, mereka hanya membincangkan tentang perlantikan jawatan, bayaran ahli dan serba sedikit tentang pencapaian ahli Kadet Polis sekolah itu. Pada setiap hari Rabu, Mia dan Ida pun mengenakan baju Kadet Polis yang telah di tempahnya semasa hari terakhir orientasi. Mia suka akan baju tersebut. Baju nya berwarna hitam bersertakan butang-butang berwarna silver menambahkan lagi keserian baju tersebut.






              Pada setiap petang khamis pula, aktiviti sukan akan dijalankan. Mia memilih untuk menyertai bola baling walaupun dia tidak tahu bermain permainan tersebut. Mia menyertai bola baling pun di atas pelawaan Ekin dan juga Fara. Semasa hari pertama perjumpaan permainan bola baling, Mia ternampak akan Amir di dalam kelas tersebut. Mia berbisik sendiri, " Aduhh, mamat ni satu permainan dengan aku pulak! Rase nak bla je dari tempat ni lah". Apabila teringat kata-kata Ida minggu lepas, Mia tidak jadi keluar daripada permainan tersebut. Fikiran Mia mengatakan, mungkin apabila dia berkawan dengan Amir, Amir tidak akan menggangunya lagi. Perjumpaan bola baling tersebut bertujuan untuk memilih ahli jawatan kuasa yang baru untuk tahun tersebut. Sedang asyik pelajar-pelajar menyenaraikan calon-calon, tiba-tiba Mia mengangkat tangan  dan mencalonkan nama Amir sebagai kapten pasukan. Ekin dan Fara memandang Mia kehairanan kerana perbuatannya itu. Amir jjuga terkejut akan perbuatan Mia. Dia tidak sangka bahawa Mia akan bersuara memilih calon. Maklumlah, Mia hanya pelajar baru dan dia tidak tahu akan perihal pelajar di sekolah itu. Sedang asyik fikiran Amir melayang, guru penasihat bola baling mengira jumlah undian satu demi satu. Oleh kerana Amir dikenali ramai, Amir terpilih untuk menjadi kapten. Setelah tamat perjumpaan terebut, Amir memanggil Mia untuk mengucapkan terima kasih. Apabila terdengar panggilan daripada Amir, Mia menoleh ke belakang dan melangkah maju ke arah Amir. Mereka berbual sebentar sementara menunggu pulang.




              
             Malam itu begitu sunyi sekali. Mia keseorangan. Ayah dan ibu Mia tiada di rumah. Mereka menghadiri makan malam sempena meraikan ayahnya yang telah menjawat jawatan sebagai ketua pengarah Bank Simpanan Nasional. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Malam yang sunyi dipecahkan dengan nyanyian katak di luar rumah dan juga rintikan hujan-hujan yang perlahan-lahan jatuh ke bumi. Langsir di jendelanya beralun-alun di tiup angin. Di saat suasana yang begitu sunyi, Mia melangkah ke arah rak bukunya yang tersusun kemas dengan puluhan novel di dalamnya. Dia mencari-cari novel untuk dibacanya di malam itu. Beberepa minit dia berdiri di hadapan rak tersebut, lalu tangannya mencapai sebuah novel yang bertajuk " Cinta dan Air Mata". Lalu dia pun merebahkan diri ke atas katil. Mia memulakan bacaannya yang dikarang oleh Norbaizura Kamarudin, seorang penulis novel yang baru berkecimpung dalam bidang-bidang penulisan. Mia terlantar di atas katilnya yang empuk sambil menghayati kisah tersebut.

            Hampir setengah jam Mia membaca, namun masih tebal lagi helaian yang belum dibacanya. Sedang Mia mahu menyelak muka surat baru untuk dihayatinya...... " Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku...kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu.. oooh..Hati ku rasa sesuatu....." deringan telefon bimbit Mia kedengaran bergema satu rumah. Lantas, Mia meletakkan novelnya di tepi bantal dan memanjangkan tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada di sudut katil. Mia melihat skrin telefonnya dan kelihatan nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin. Tanpa teragak-agak, Mia menekan butang hijau dan bertanya kan siapa. " Hello, Mia. Ni Amir ni. Sorry call Mia malam-malam. Rindulah..hehe. Mia buat apa tu?" suara Amir kedengaran melalui telefon bimbit Mia. Mia tidak sangka Amir akan menelefon Mia secepat itu. Baru sahaja petang tadi semasa perjumpaan bola baling Mia memberikan nombor telefonnya. Mia terdiam tidak berkata. Dia teringat kan kata Amir petang tadi.. " Saya kapten awak. So, saya mesti ada nombor telefon pemain-pemain bola baling unuk sebarang maklumat tentang latihan. " Mia...Mia...do you hear me...?" Amir memanggil Mia berulang kali. Fikiran Mia lenyap dari kotak mindanya apabila terdengar panggilan Amir dan menjawab segala pertanyaan Amir. Mereka berbual sehingga hampir setengah jam.



               Mulai saat itu, Mia dan Amir berkawan rapat. Di situlah mulanya bibit-bibit cinta Amir terhadap Mia. Mereka sering berlatih bermain bola baling bersama-sama. Sejak daripada itu juga, kawan-kawan Mia dan kawan-kawan Amir mulai rapat. Pada suatu hari, sewaktu terdengar sahaja deringan loceng yang menandakan waktu rehat, Asri mengajak Amir dan kawan-kawannya ke tandas untuk menghisap rokok. Tetapi Amir tidak mahu. Katanya dia ingin berubah. Bukan itu sahaja, selepas tamat sahaja waktu rehat, Amir terus ke kelas. Dia tidak lagi merayau-rayau selepas waktu rehat. Kawan- kawan Amir hairan melihat perubahan yang berlaku dalam diri Amir. 

              Amir telah banyak berubah, hadir awal ke sekolah, tidak lagi merayau, hisap rokok di dalam sekolah dan kacau pelajar-pelajar baru lagi. Ida juga perasan akan perubahan Amir. Mereka tertanya-tanya antara satu sama lain " Benarkah Amir sudah jatuh cinta terhadap Mia ". kawan-kawan Amir juga tertanya-tanya " Apa yang ada kat Mia tu sampai Amir berubah begitu ketara sakali ? Nak kata cantik, ramai lagi perempuan cantik kat sekolah tu! Nak kata baik, mereka baru sahaja kenal. " Mereka benar-benar hairan. Untuk menyelesaikan segala persoalan yang bermain di minda mereka, mereka pun dengan slumber kepada Amir dan jawapan Amir ringkas sahaja mengatakan " YA ".  Tetapi bagaimana dengan perasaan Mia kepada Amir?? 



CINTA DAN AIR MATA by Norbaizura Kamarudin

* Nantikan bab yang seterusnya dalam entry akan datang ye. (itupun kalau sudi lagi la nak membacanya)
*Novel yg direka olah sy sendiri buat pertama kalinya.Nama di dlm novel ini adalah rekaan semata-mata. 
*Bagi ade nama yang sama. Maaflah ye..hehe =)   
*Haa,... macam mana??? best ke x best..Kalau best, like2 la kan ye n give comment,okay??



5 comments:

  1. nk cter lawak plak hehehe

    ReplyDelete
  2. Okay2....after diz ok...thankz =)

    ReplyDelete
  3. hehe~ bola baling~
    kadet polis~ :)
    cam kenal je prsonaliti ni ^^

    ReplyDelete
  4. hehe..sape ye agaknye tu...ramai yg maen bola baling n kadet polis kat sekolah tu..huhu.. adakah kamu???huhu

    ReplyDelete
  5. haha~ ko ler :P
    n aku gak XD

    haha~
    amin~
    moga2~
    name pengarang novel tu btul2 terjadi~ haha~

    ReplyDelete