Selamat datang ke Blog Saya

Friday 21 October 2011

Cinta dan Air Mata (bab 4)

BAB 4 – Adik angkat


        Perasaan tidak boleh dipaksa, namun ia boleh dipupuk serta disemai. Amir benar-benar cintakan Mia namun perasaan Mia terhadap Amir tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai seorang kawan. Hampir setengah tahun mereka berkawan, keadaan berjalan seperti biasa. Seperti lalulintas yang lancar tanpa kesibukan jalan raya di kota. Tidak lama lagi akan adanya perlawanan bola baling antara sekolah. Mereka harus berlatih bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah.Oleh itu, kapten bola baling telah mengarahkan pemain-pemain yang terpilih menyertai perlawanan untuk turun ke padang. Salah seorang pemain itu adalah Mia. Mia, Fara, Ekin, dan Amir berlatih bersungguh-sungguh. Banyak teknik membaling dan strategi permainan yang harus Mia pelajari. Ekin dan Fara adalah antara pemain terhebat bola baling sekolah itu. Mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada Mia. Mereka berlatih selama dua minggu sebelum perlawanan bermula. Namun, setiap kali Mia berlatih, Mia sering rasa diperhatikan. Namun, Mia abaikan perasaan nya itu dan terus fokus berlatih. Dia tidak mahu pasukan mereka kalah disebabkan dia.
             
                Satu ketika itu, hujan renyai-renyai sedang membasahi permukaan rumput di padang sekolah. Disebabkan tarikh perlawanan semakin hampir, latihan diteruskan juga. Mereka bermain dalam basahan hujan dan salutan lumpur-lumpur di kaki mereka. Mereka berkaki ayam kerana tidak mahu kasut mereka kotor. Setiap 30 minit latihan, mereka akan berkumpul di dewan terbuka untuk membincangkan strategi-strategi serta taktik yang bakal digunakan dalam perlawanan akan datang. Ketika itulah Mia dan pemai-pemain lain dapat meneguk air mineral yang dibekalkan oleh guru penasihat. Setiap air yang melalui, membasahi saluran tekak mereka. “ Ahhh….”. Begitu nikmat sekali apabila dapat meneguk air setelah 30 minit berhempas pulas membaling bola ke arah jaringan gol. Setelah selesai meneguk air mineral Tesco itu, Mia menutup kembali botol air dengan penutu botol tersebut. Di waktu itu, Mia merasakan lagi sepertti ada yang memerhatikannya. Beberapa minit berehat, latihan diteruskan kembali. Latihan diadakan selama dua jam.
              
            “ Tik,tik,tik …” jarum saat bergerak. Beberapa saat sahaja lagi jarum jam akan  menunjukkan tepat jam 5 petang. Itu menandakan latihan telah pun tamat. Mereka berjalan laju ke arah paip air untuk membersihkan diri. Sedang Mia berjalan, muncul seseorang di hadapannya dan berkata… “ Hai, akak. Saya dah lama perhatikan akak. Boleh tak kalau akak jadi akak angkat saya,” tanya seorang pelajar tingkatan 2 bernama Mirul yang selalu memerhatikan Mia bermain. Jangkaan Mia tepat. Memang ada orang yang memerhatikannya. Mia terperanjat akan soalan yang diajukan pelajar junior dihadapannya itu. Mia terdiam sebentar dan menjawab “ Eh, mane adik kenal akak? Kenapa tiba-tiba nak akak jadi akak angkat adik?”. “ Dua minggu lepas, adik ternampak akak berlatih main bola baling. Adik tak ada akak. Adik anak tunggal. Masa tengok akak main, adik tiba-tiba nak akak jadi akak angkat adik. Tu yang adik selalu tengok akak”, jawab Mirul sayu. Mia mudah kesian dan simpati terhadap orang lain, oleh itu Mia menerimanya sebagai adik angkat dan memberikan nombor telefonnya. Mirul begitu gembira sekali. Mereka sering menghantar pesanan ringkas tidak kira malam atau siang. Sejak daripada itu, hubungan Mia dan Amir mulai renggang seperti tali kasut yang sudah haus. Hanya masa sahaja tahu bilakah tali kasut itu akan terputus.
           

         Masa yang dinanti telah pun tiba, iaitu perlawanan bola baling peringkat sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Seremban dijadikan sebagai tapak perlawanan. Setibanya mereka di padang sekolah tersebut, jantung Mia berdegup laju. Darahnya mengalir deras seperti air terjun di Jeram Toi. Kelihatan ramai pemai-pemain yang mamakai jersey yang berlainan warna melambangkan sekolah masing-masing. Mia seperti tidah mahu menyertai perlawanan tersebut, namud Ekin dan Fara menenangkan hatinya yang penuh dengan perasaan gemuruh itu. Diminumnya air mineral bagi menghilangkan perasaan gemuruh tersebut. Tidak lama lagi pasukan kami pula akan masuk gelanggang. Amir datang ke arahnya untuk memberikan semanga dan ucapan “Goodluck”. Selesai sahaja ucapan yang daripada Amir… “ Tweet, tweet… SMS…” telefon bimbit Mia berbunyi. Mia mengeluarkan telefon bimbitnya daripada kocek seluarnya dan membuka pesanan ringkas tersebut. “ Akak, buat yang terbaik. Adik tau akak boleh. Adik sentiasa doakan akak boleh buat ,ye! Sayang akak..,” pesanan ringkas daripada Amir memberikan kata-kata semangat. Mia tersenyum sendiri membaca pesanan tersebut. Lalu dimasukkan telefonnya ke dalam beg. Amir yang berada di sebelahnya hanya memandang sahaja tanpa mengetahui yang dia sudah pun mempunyai adik angkat di sekolah mereka.
       
              Sekarang, pasukan SMKDHMR perempuan bawah 18 tahun akan beraksi di tapak permainan. Mia berdiri dan senyum ke arah Amir. Amir sentiasa menyokong Mia dan pasukannya. Amir meyaksikan daripada atas melihat perlawanan tersebut dan meyorak pasukannya. Pasukan perempuan bermain sehingga titisan darah yang terakhir. Mia mengeluarkan segala tenaga dan kudratnya untuk memasukkan gol. Ekin dan Fara pula berlari ke hulu dan ke hilir mengejar bola. Masing-masing menggunakan strategi yang telah dipelajari mereka sewaktu latihan. Sedang asyik pihak lawan membawa bola, lalu Mia mengambil nya dengan mudah dan membaling padat bola tepat ke arah gol. Amir tepuk tangan begitu kuat sekali dan menjerit nama Mia. Mia tersenyum apabila mendengar suara Amir. Setelah hampir 3 jam perlawanan, pengumuman bagi pasukan yang menag akan diumumkan. Jantung setiap pemain begitu berdebar sekali. “Dup,dup,dup….” Denyutan jantung Mia semakin berdegup laju. Mia memejam matanya dan nama pasukan SMKDHMR telah menjadi juara dalam perlawanan tersebut. “Alhamdulillah” terkeluar perkataan itu daripada Mia menunjukkan tanda bersyukur. Tidak sia-sia latihan mereka selama ini walaupun terpaksa berlatih dalam basahan hujan dan salutan lumpur.Mereka menjulang pingat emas tersebut bersama-sama. Tetapi, sewaktu pengumuman tersebut, Mia tidak Nampak pun kelibat Amir di situ. Di dalam fikiran Mia bermain penuh persoalan,“Kemanakah Amir menghilang ye? Mengapa dia tiada di sini??”.



* Nantikan bab yang seterusnya dalam entry akan datang ye. (itupun kalau sudi lagi la nak membacanya)
*Novel yg direka olah sy sendiri buat pertama kalinya.Nama di dlm novel ini adalah rekaan semata-mata. 
*Bagi ade nama yang sama. Maaflah ye..hehe =)   
*Haa,... macam mana??? best ke x best..Kalau best, like2 la kan ye n give comment,okay??

NOVEL : CINTA DAN AIR MATA BY NORBAIZURA KAMARUDIN

Sunday 16 October 2011

Ini cerita benar (1)

Aku masih muda, baru sahaja 7 bulan mencecah 20an.Hidup seorang remaja, mestilah nak bebas kan, enjoy!
Arggghhhh...........!! 
Bosannya cuti semester kali ni!Duduk dalam rumah yang besar ni. Tengoklah rumah aku besar mana. Korang boleh bayangkan x duduk rumah sebesar ni ??
Ni r umah aku....

Satu hari tu, aku telampau bosan sangat tahap gaban, aku pun mandi la kat kolam renang umah aku.
4 jam juga la aku mandi daripada lepas subuh!
Masa ni pagi lagi,tu yg gelap skit .Aku amek gamba ni before aku mandi..

 Aku masok bilik balik.
Arghhhh..!Bosan3! Apa nak buat ni..???
Haaaa! Tiba2 aku teringat bapak aku ade tinggalkan kunci kereta spot dia.. Yuuuhhuuuu...
Thats great,baby! 
Cantek tak kete spot bapak aku???
Ni la kete sport bapak aku. Tapi die xsuke kerete ni..Tu yang die letak tepi stor.

Aku pon apa lagi, aku keluar la g pavillion dengan adik aku naik kete spot bapak aku tuh.. Jalan punye jalan kat sane, tekak haus plak. Lapar pulak tu. Aku pon pergi la makan kat restauran...
Aku dengan adik aku makan sampai mencecah RM 235.60.Pehhh, mahal but delicious....!
Nasib baik la mase tu duit berkepuk-kepuk dalam poket! 
kat sini la aku makan..tu waiter yang melutut kat aku tu..
Lepas aku makan kat situ, aku nak bayar la makanan yang kitorang makan tu.Tibe, ade la sorang waiter tu kan dia tumpahkan makanan kat aku. Aku pon bengang r! Apa lagi, die pon turus melutut kat aku. Eyyy!!! PAnas je la aku time tu.. Baju aku dah la mahal! Aku pon terus bla dari tempat tu. Mood aku hilang, aku terus balik ngan adik aku bawak kete spot bbapak aku balik! HUH........

* Sebenanye memang aku bosan, aku memang mandi kolam tapi kolam renang  adik aku yg aku beli kat tesco (RM 15.33).Hoho.. Pastu aku kua g terminal je ngan adik aku. 
NAek bas..Bas dah la lambat lak tuh =).
Mase nak balik sementare tunggu bas, punye la nak makan aiskrim, g la kat Mcd. Beli aiskrim yang RM1 tu je. Duit tak banyak..HAhahah....Lepas da bayar, aku nak masukkan duit aku dalam purse,then duit syiling bnyak tejatuh kat bawah. Pastu pekerja Mcd tu tolong kutip duit syiling tuh... Thankz kat akk tu sebab tolong kutipkaan..hohoho....  INi memang cerita benar taw! hahahaha


Macam mana??? ok ke x? Kalo rase ok, like3 la ye! hehehe =)
 

Friday 14 October 2011

Cinta dan Air Mata (bab 3)

Cinta dan Air Mata (bab 3) - Jatuh cinta

Hari demi berhari berlalu. Malam bersilih ganti. Begitu pantas sekali masa yang berlalu. Sepintas angin menderu.Tanpa disedari sudah seminggu Mia di sekolah barunya. Dia pun sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah. Ko-kurikulum juga sudah bermula. Di Sekolah Menengah Kebangsaan  Dato Haji Mohd Redza, semasa ko-kurikulum, mereka diwajibkan memakai pakaian seragam yang telah mereka daftarkan. Mia dan Ida telah mendaftar di bawah pasukan Kadet Polis, Yuri,Fara dan  Zara pula menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) manakala Ekin meyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Walaupun Mia pelajar baru, Mia telah memegang jawatan bendahari kadet polis. Mia ditugaskan untuk mengutip yuran ahli pada perjumpaan pertamanya. Pada hari pertama ko-kurikulum, mereka hanya membincangkan tentang perlantikan jawatan, bayaran ahli dan serba sedikit tentang pencapaian ahli Kadet Polis sekolah itu. Pada setiap hari Rabu, Mia dan Ida pun mengenakan baju Kadet Polis yang telah di tempahnya semasa hari terakhir orientasi. Mia suka akan baju tersebut. Baju nya berwarna hitam bersertakan butang-butang berwarna silver menambahkan lagi keserian baju tersebut.






              Pada setiap petang khamis pula, aktiviti sukan akan dijalankan. Mia memilih untuk menyertai bola baling walaupun dia tidak tahu bermain permainan tersebut. Mia menyertai bola baling pun di atas pelawaan Ekin dan juga Fara. Semasa hari pertama perjumpaan permainan bola baling, Mia ternampak akan Amir di dalam kelas tersebut. Mia berbisik sendiri, " Aduhh, mamat ni satu permainan dengan aku pulak! Rase nak bla je dari tempat ni lah". Apabila teringat kata-kata Ida minggu lepas, Mia tidak jadi keluar daripada permainan tersebut. Fikiran Mia mengatakan, mungkin apabila dia berkawan dengan Amir, Amir tidak akan menggangunya lagi. Perjumpaan bola baling tersebut bertujuan untuk memilih ahli jawatan kuasa yang baru untuk tahun tersebut. Sedang asyik pelajar-pelajar menyenaraikan calon-calon, tiba-tiba Mia mengangkat tangan  dan mencalonkan nama Amir sebagai kapten pasukan. Ekin dan Fara memandang Mia kehairanan kerana perbuatannya itu. Amir jjuga terkejut akan perbuatan Mia. Dia tidak sangka bahawa Mia akan bersuara memilih calon. Maklumlah, Mia hanya pelajar baru dan dia tidak tahu akan perihal pelajar di sekolah itu. Sedang asyik fikiran Amir melayang, guru penasihat bola baling mengira jumlah undian satu demi satu. Oleh kerana Amir dikenali ramai, Amir terpilih untuk menjadi kapten. Setelah tamat perjumpaan terebut, Amir memanggil Mia untuk mengucapkan terima kasih. Apabila terdengar panggilan daripada Amir, Mia menoleh ke belakang dan melangkah maju ke arah Amir. Mereka berbual sebentar sementara menunggu pulang.




              
             Malam itu begitu sunyi sekali. Mia keseorangan. Ayah dan ibu Mia tiada di rumah. Mereka menghadiri makan malam sempena meraikan ayahnya yang telah menjawat jawatan sebagai ketua pengarah Bank Simpanan Nasional. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Malam yang sunyi dipecahkan dengan nyanyian katak di luar rumah dan juga rintikan hujan-hujan yang perlahan-lahan jatuh ke bumi. Langsir di jendelanya beralun-alun di tiup angin. Di saat suasana yang begitu sunyi, Mia melangkah ke arah rak bukunya yang tersusun kemas dengan puluhan novel di dalamnya. Dia mencari-cari novel untuk dibacanya di malam itu. Beberepa minit dia berdiri di hadapan rak tersebut, lalu tangannya mencapai sebuah novel yang bertajuk " Cinta dan Air Mata". Lalu dia pun merebahkan diri ke atas katil. Mia memulakan bacaannya yang dikarang oleh Norbaizura Kamarudin, seorang penulis novel yang baru berkecimpung dalam bidang-bidang penulisan. Mia terlantar di atas katilnya yang empuk sambil menghayati kisah tersebut.

            Hampir setengah jam Mia membaca, namun masih tebal lagi helaian yang belum dibacanya. Sedang Mia mahu menyelak muka surat baru untuk dihayatinya...... " Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku...kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu.. oooh..Hati ku rasa sesuatu....." deringan telefon bimbit Mia kedengaran bergema satu rumah. Lantas, Mia meletakkan novelnya di tepi bantal dan memanjangkan tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada di sudut katil. Mia melihat skrin telefonnya dan kelihatan nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin. Tanpa teragak-agak, Mia menekan butang hijau dan bertanya kan siapa. " Hello, Mia. Ni Amir ni. Sorry call Mia malam-malam. Rindulah..hehe. Mia buat apa tu?" suara Amir kedengaran melalui telefon bimbit Mia. Mia tidak sangka Amir akan menelefon Mia secepat itu. Baru sahaja petang tadi semasa perjumpaan bola baling Mia memberikan nombor telefonnya. Mia terdiam tidak berkata. Dia teringat kan kata Amir petang tadi.. " Saya kapten awak. So, saya mesti ada nombor telefon pemain-pemain bola baling unuk sebarang maklumat tentang latihan. " Mia...Mia...do you hear me...?" Amir memanggil Mia berulang kali. Fikiran Mia lenyap dari kotak mindanya apabila terdengar panggilan Amir dan menjawab segala pertanyaan Amir. Mereka berbual sehingga hampir setengah jam.



               Mulai saat itu, Mia dan Amir berkawan rapat. Di situlah mulanya bibit-bibit cinta Amir terhadap Mia. Mereka sering berlatih bermain bola baling bersama-sama. Sejak daripada itu juga, kawan-kawan Mia dan kawan-kawan Amir mulai rapat. Pada suatu hari, sewaktu terdengar sahaja deringan loceng yang menandakan waktu rehat, Asri mengajak Amir dan kawan-kawannya ke tandas untuk menghisap rokok. Tetapi Amir tidak mahu. Katanya dia ingin berubah. Bukan itu sahaja, selepas tamat sahaja waktu rehat, Amir terus ke kelas. Dia tidak lagi merayau-rayau selepas waktu rehat. Kawan- kawan Amir hairan melihat perubahan yang berlaku dalam diri Amir. 

              Amir telah banyak berubah, hadir awal ke sekolah, tidak lagi merayau, hisap rokok di dalam sekolah dan kacau pelajar-pelajar baru lagi. Ida juga perasan akan perubahan Amir. Mereka tertanya-tanya antara satu sama lain " Benarkah Amir sudah jatuh cinta terhadap Mia ". kawan-kawan Amir juga tertanya-tanya " Apa yang ada kat Mia tu sampai Amir berubah begitu ketara sakali ? Nak kata cantik, ramai lagi perempuan cantik kat sekolah tu! Nak kata baik, mereka baru sahaja kenal. " Mereka benar-benar hairan. Untuk menyelesaikan segala persoalan yang bermain di minda mereka, mereka pun dengan slumber kepada Amir dan jawapan Amir ringkas sahaja mengatakan " YA ".  Tetapi bagaimana dengan perasaan Mia kepada Amir?? 



CINTA DAN AIR MATA by Norbaizura Kamarudin

* Nantikan bab yang seterusnya dalam entry akan datang ye. (itupun kalau sudi lagi la nak membacanya)
*Novel yg direka olah sy sendiri buat pertama kalinya.Nama di dlm novel ini adalah rekaan semata-mata. 
*Bagi ade nama yang sama. Maaflah ye..hehe =)   
*Haa,... macam mana??? best ke x best..Kalau best, like2 la kan ye n give comment,okay??



Thursday 13 October 2011

Cinta dan Air Mata (bab 2)

BAB 2 


         
 “ Allahhuakhbar Allah….huakhbar …….” Laungan azan subuh bergema daripada masjid Desa Kiara kedengaran sehingga di rumah Mia. Tetapi Mia masih lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tepat sahaja jam 6.20 pagi…., “ You are my sunshine, my only sunshine…” alarm telefon bimbit Samsung CG-3303i Mia berbunyi. Mia meraba-raba di bawah bantal mencari telefon bimbitnya untuk mematikan alarm. Sejurus sahaja Mia mematikan alarm tersebut, dia menyambung kembali mimpinya. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi ketukan pintu di selangi panggilan dari ibunya. " Mia...Mia..bangun nak.. Nanti papa Mia bising nanti, " jerit ibunya. Dengan keadaan yang lemah, Mia terduduk sebentar si atas katilnya yang empuk dan berkata, " Ya, mama...Mia dah bangun dah," jawab Mia lemah. Mia mengesat-ngesat matanya lantas mencapai sehelai tuala yang tergantung di belakang pintunya dan terus ke bilik air. Disangkut kan tuala mandinya di penyangkut dan membuka pancuran air.Setelah siap membersihkan diri, Mia membuka almari pakaian nya dan mengenakan pakaian seragam sekolahnya.



             " Mia....Mia, turun cepat sayang," ayahnya memanggil. "Ya,papa. Mia da siap lah. Mia pun tak mahu lewat ke sekolah. Mia nak jadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain, " perli Mia dan tertawa berdekah-dekah. " Tengoklah anak abang tu, sama je  perangainya dengan abang," beritahu ibunya sambil tertawa kecil. " Mestilah kan Mia, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, " berperibahasa pula ayanhya di pagi hari. Mereka berbual-bual sambil bersarapankan roti telur dan air milo yang dibuat oleh ibu Mia. Tepat jam 7.00 pagi, ayahnya menghantar Mia ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Sebaik sahaja Mia turun dari kereta Mercedes ayahnya, dia terus melangkahkan kaki ke tapak perhimpunan. Pagi-pagi lagi Mia telah terserempak dengan Amir dan kawan-kawannya. Amir memanggil Mia, tetapi Mia masih mengendahkannya. Mia berasa tidak selesa dengan sikap Amir yang tak habis-habis mengacaunya. Mia hanyalah seorang gadis biasa dan ramai lagi pelajar perempuan yang cantik-cantik di sekolah tersebut, tetapi Mia hairan menagapa Amir selalu mengacaunya. Dengan andaian sebegitu, Mia tidak mahu melayan Amir kerana mungkin Amir hanya ingin mempermainkan perasaannya. 


             Perhimpunan diadakan selama 20 minit dan terus dibenarkan ke kelas masing-masing. Pembelajan dan pengajaran juga telah berjalan seperti biasa mulai hari ini. Di dalam kelas, Mia duduk di baris hadapan sekali. Mia ingin berjaya dan bertekad untuk dapatkan kedudukan yan pertama di dalam kelas. Matapelajaran yang paling digemari Mia adalah akaun dan pendidikan seni. Mia belajar dengan khusyuknya dan sering bertanya soalan jika tidak memahami sesuatu perkara. Seharian di sekolah membuatkan Mia berasa gembira kerana menggemari cikgu-cikgu yang mengajarnya dan faham apa yang diajarkan olah gurunya. Bukan itu sahaja, kawan-kawan barunya juga  sentiasa menceritakan hal-hal pelajar di sekolah itu. Ida seorang pengawas sekolah sejak dari tingkatan 3 lagi dan dia tahu akan perihal pelajar di sekolah tersebut. Setiap kali " spotcheck " dijalankan, pasti ada sahaja pelajar yang menyorokkan telefon bimbit mereka di tandas, bendul kelas, dalam baju dalam dan juga seluar dalam. Berdekah-dekah Mia tergelak apabila terdengar ada pelajar yang menyorokkan telefon bimbit di dalam baju dalam ataupun seluar dalam. 


           Ekin menyampuk, " Mia kau nak tahu tak, Amir tu lah yang sorokkan telefon bimbitnya di dalam seluar dalam.Hehehe." Mia tersipu malu lantas bertanya kepada Ida, " Ida, Amir tu selalu kacau aku. aku rimas lah." "Alah, Mia. Biarkan saja dia. Dia memang begitu. Pantang nampak pelajar baru pasti akan dikacaunya." jelas Aida. Mia hanya menggangukkan kepalanya dan terus mendengar cerita kawan-kawannya. Yuri bercerita pula. Dia menyatakan bahawa pada suatu ketika dahulu terdapat pergaduhan kaum di sekolah ini. Mia kurang faham dan bertanya, " pergaduhan kaum? means..?".  Zara menerangkan kepada Mia bahawa pergaduhan kaum antara Cina dan Melayu. Sehinggakan cikgu sendiri tidak tahu untuk bt apa dan satu penyelesaian sahaja,memanggil polis. Hal itu dileraikan oleh polis. Pelbagai cerita yang diceritakan oleh mereka kepada Mia. Mia terkejut mendengar akan cerita itu. Selepas itu, seorang demi seorang menceritakan perkara yang berlaku di sekolah mereka.


CINTA DAN AIRA MATA by Norbaizura Kamarudin







* Nantikan bab yang seterusnya dalam entry akan datang ye. (itupun kalau sudi lagi la nak membacanya)
*Novel yg direka olah sy sendiri buat pertama kalinya.Nama di dlm novel ini adalah rekaan semata-mata. 
*Bagi ade nama yang sama. Maaflah ye..hehe =)   
*Haa,... macam mana??? best ke x best..Kalau best, like2 la kan ye n give comment,okay??


Sunday 9 October 2011

Cinta dan Air Mata (bab 1)

Bab 1- Hari petama
       Hidup ini umpama berada di sebuah lautan yang luas, dan aku hanyalah umpama semut di padang pasir. Aku tidak tahu arah tujuku dan aku juga tidak tahu apa yang aku inginkan di dalam hidup ini. Arggghhhhh!!! Mia menjerit sekuat hati kerana terlalu banyak perkara yang bermain di kotak mindanya. Mia bermonolog sendiri, "Kenapalah aku ni asyik kene ikut papa tu je. Pindah sana, pindah sini. Aku juga lah yang merana. Kawan baru sekejap, sudah kena pindah sekolah. Tension la aku! ". Mia berumur  16 tahun dan dia akan berpindah sekolah sekali  lagi. Masuk kali ini sudah 4 kali Mia berpindah sekolah. Ayahnya seorang yang berkerjaya manakala ibunya pula suri rumah tangga sepenuh masa. Mia adalah anak tunggal kesayangan mereka. Hari ini Mia akan mulakan hidupnya sekali lagi di sekolah baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Redza, Sikamat di Seremban, Negeri Sembilan. 

          "Miaa....anak papa. Hurry up sayang! Papa tidak mahu lewat ke tempat kerja. Papa nak jadi bos yang boleh beri contoh dan teladan yang baik kepada pekerja papa, " celoteh papa Mia pagi-pagi lagi. " Ye, papa! Mia turun sekarang, " jawab Mia. Mia seorang anak yang baik. Dia hormat akan ayah dan ibunya. Dia ikutkan sahaja segala perintah kedua orang tuanya. Setelah terdengar panggilan ayahnya, lantas Mia pun turun ke bawah dan bersarapan bersama ayah dan ibunya. "Cantik Mia hari ini. Mentang-mentang masuk sekolah baru, nak tackle lelaki-lelaki di sekolah ke? " usik ibunya. " Mama, Mia tak sukalah cinta-cinta ni. Mama pun tahu kan kenapa." jawab Mia. Mia tidak pernah bercinta sehingga hari ini kerana die sering berpindah-randah. Setelah selesai sarapan, Mia bingkas bangun dari tempat duduknya dan salam ibunya lantas masuk ke dalam kereta. Mia sudap bersiap sedia untuk ke sekolah barunya.

         " Macam mana lah kat sekolah baru nanti ya? Aku nak tegur orang dulu ke, biar orang je yang tegur aku? Aku nak rehat dengan siapa nanti? Aduhh, malasnya aku nak fikir ni semua lah. " fikiran Mia terlayang sementara tiba di sekolah. " Mia.. Mia..., kita dah sampai sekolah kamu ni," sentak ayahnya. "Ehh, dah sampai! Mia tak perasan lah papa. Papa jangan lupe jemput Mia ye balik nanti. " suara sayu Mia kedengaran. " Okay, anak papa. Mia jaga diri baik-baik ye. Jangan sombong sangat kat sekolah tu dan cuba suaikan diri ye sayang," pesan ayahnya. Mia pun menutup pintu kereta dan  melangkah masuk ke dalam sekolah dalam keadaan berdebar. Ramai orang sudah berada di dalam dewan tertutup sekolah itu. Mia terus melangkah masuk ke dalam dewan dan.....  " Psstt,pssttt...awak, awak sini la. Duduk sebelah saya. Awak pelajar baru di sini kan." seorang lelaki yang bernama Amir mengacau Mia. Amir adalah seorang yang terkenal di sekolah kerana kenakalannya. Mia terus ke hadapan tanpa mengendahkan panggilan Amir dan duduk di sebelah hujung sekali bahagian hadapan.

           Orientasi di sekolah tersebut berjalan selama 3 hari tetapi Mia mula masuk ke sekolah hari yang terakhir orientasi di sekolah tersebut. Di akhir orientasi, pengacara majlis mengarahkan pelajar-pelajarnya supaya mendaftar ko-kurikulum di dewan terbuka sebaik sahaja selesai orientasi. Mia tidak tahu mahu memilih ko-kurikulum apa dan tidak tahu di mana dewan terbuka. Setelah orientasi selesai, semua pelajar di dewan bangun dan beredar ke dewan terbuka. Mia hanya ikut sahaja pelajar-pelajar perempuan yang lain dan menyapa salah seorang daripadanya. " Hai, awak. Saya pelajar baru di sini. Nama awak apa ya? Saya Mia Maisara, boleh panggil  Mia je," Mia menyapa. "Ooo.. Hai, Mia. Saya Farah Farhana, panggil Fara je. Yang ini pula Yuri, Zara, Ida dan Ekin. Kitorang satu kelas. Kelas 4 Dinamik." terang Fara. " Hai, Yuri, Zara, Ida, Ekin. Saya pun 4 Dinamik juga. Satu kelas lah kitakan." Mia berkata. " Kalau begitu, mari lah ikut kitorang daftar ko-kurikulum dan ikut je lah kitorang,ok?" ajak Yuri. Tanpa berfikir panjang, Mia terus bersetuju dan berasa amat gembira sekali. Mia tidak sangka bahawa di sekolah itu ramai orang yang peramah. Tidak seperti sekolah sebelumya, setahun di sana tetapi susah mendapat kawan yang peramah seperti di sini.

         Setelah selesai sesi mendaftar, semua pelajar masuk ke kelas masing-masing untuk sesi suai kenal di dalam kelas pula. Guru kelas kami bernama Faridah. Dari raut wajahnya, Cikgu Faridah kelihatan tegas tetapi nampak wajah keibuannya. Manis sahaja wajah cikgu Faridah. Mia rasa seronok walaupun baru sekejap sahaja di situ. Kawan-kawan kelasnya pun baik belaka. Kawan lelaki kelasnya pula ramai yang pemalu. Pelajar 4 Dinamik adalah kelas akaun dan mereka semua tidaklah senakal pelajar kelas sastera.
Amir yang mengacau Mia di dewan tadi adalah pelajar kelas sastera iaitu 5 Gigih. Setelah beberapa jam di sekolah.... " Kriiinngggggg....." loceng menandakan waktu rehat pun berbunyi. Semua orang berpusu-pusu keluar kelas. " Jom, Mia. Kita makan di kantin. Mee kari dan Nasi lauk ayam merah di kantin sekolah ini sangat sedap. Kalau lambat memang habis lah nampaknya. " kata Zara. Mia dan kawan-kawan barunya pun menuju ke kantin bersebelahan dewan tertutup. Memang kelihatan ramai orang di kantin sekolah. 
           
        " Aduhh! Lelaki tadi ada kat sini lah pulak!" Mia berkata sendiri sambil menyorokkan dirinya di sebelah Yuri. Tiba-tiba terdengar sapaan daripada arah belakang mereka. " Idaa..Idaa..,sini jap." terjah Amir. Ida dan Amir memang berkawan rapat sejak daripada tingkatan satu lagi. Selepas terdengar sapaan daripada Amir, Ida menyuruh kawannya membeli makanan dahulu dan dia berborak dengan Amir sebentar. " Haa...ada apa, Amir?? Ehh,, jap,jap..Aku tahu kenapa kau panggil aku ni. Kau nak tanya pasal budak baru tu kan. Aku kenal la kau." perli Ida sambil ketawa. " Kau ni memang pandai lah, Ida. Betul lah tu apa yang kau agak tu. Si Amir ni asyik usha budak baru tu je dari tadi," kata kawan Amir,Asri. " Ehh, kau ni pandai-pandai je lah Asri.Aku panggil Ida sebab aku sudah lama tidak jumpa dia. Ida, kau ni makin comel lah sekarang. aku rindu kat kau, kau rindu kat aku tak?? " kata Amir sambil tersenyum. "Ahh, sudahlah kau Amir.Hentikan lah sandiwara kau tu. Cepatlah, aku nak makan ni." jawab Ida. "Baiklah,baiklah ida ku sayang. Janganlah marah-marah,nanti kau tak comel. Hihihi. Sebenarnya, hatiku sudah terpaut kat budak baru tu. Dia budak kelas kau kan? Dia tinggal mane ya? Berapa nombor telefon dia? Tolonglah aku Ida. Kau kan baik, comel pulak tu. " bodek Amir. Ida berkata " Aah, dia budak kelas aku dan dia tinggal kat Desa Kiara je. Ok lah, aku nak pegi makan ni. Bye. "Ida..Ida,,,jap...Tolong kirim salam kat dia ya." pesan Amir.

         Ida pun pergi beli secawan air sirap dan sebungkus nasi lemak lalu membawa makanan tersebut ke arah kawan-kawannya. Belum sempat Ida melabuhkan punggungya di bangku kantin...." Apa yang si Amir and kawan-kawan dia tu nak,ida? " tanya Fara. Ida membalas tanyaan Fara, "Ehh, bagilah aku duduk dulu kot ye pun nak tanya." "Hehe, duduklah...duduklah.. Haa, apa yang dieorang nak tadi?" Fara mengulangi soalannya. Yuri, Ekin, Zara dan Mia memberi perhatian kepada Ida untuk mengetahui apa yang Amir dan kawan-kawannya mahukan. Mia terkedu sejenak mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Ida tetapi kawan-kawanya yang lain menunjukkan respon yang biasa sahaja. " Laaa, aku dah agak da." jawab Ekin ,Yuri dan Zara serentak.Mereka pun teruskan makan makanan yang dibeli oleh mereka sehingga habis. Beberapa minit kemudian... " Kriiinnggggg....." sekali lagi loceng sekolah berbunyi tetapi menandakan waktu rehat sudah pun tamat. Mereka semua masuk ke kelas masing-masing semula tetapi Amir dan kawan-kawanya merayau satu sekolah. Itulah kebiasaan Amir sehingga cikgu-cikgu di sekolah sudah kenal sangat dengan mereka tu. Hendak memberi surat amaran, sudah diberi. Gantung sekolah? sudah juga, tinggal lagi buang sekolah sahaja. Walaupun mereka begitu cikgu yakin bahawa mereka boleh berubah. Amir dan kawan-kawannya akan diberikan sesi kaunseling bersama Ustaz Idris dan Cikgu Sarimah.

         Sesi pengajaran dan pembelajaran masih belum dijalankan lagi pada hari ini. Hari ini hanyalah sesi suai kenal di dalam kelas serta cikgu-cikgu matapelajaran. Mia bersembang-sembang dan mengenali antara satu sama lain dengan kawan-kawan barunya. Mia telah pun menjadi ahli kumpulan Fara. Antara kumpulan yang dikenali di sekolah. Tepat jam 2.30 petang, jam loceng berbunyi sekali lagi tanda berakhirnya sekolah pada hari itu. Kelihatan banyak bas-bas sekolah, kereta serta motor di kawasan luar sekolah. Semua pelajar berpusu-pusu keluar mendapatkan kenderaan untuk mereka pulang. Mia menjenguk-jengukkan kepalanya mencari ayahnya. 

        Mia menunggu ayahnya di bawah sebatang pokok besar di luar sekolah tersebut. Mia memandang ke arah jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 2.40 petang. Tidak lama kemudian... "ponnn..ponnn...." bunyi hon kereta ayahnya membuatkan dia tersentak daripada lamunan. " Papa, lambatnya papa datang, tapi tak mengapa, Mia tak kisah pun," kata Mia sambil tersenyum manja. Ayahnya terus menolak ke arah gear 1 dan terus memandu pulang sebaik sahaja Mia masuk ke dalam kereta. Volume radio diperlahankan oleh ayahnya dan..."Mia, how your school dear, is everything okay?" tanya ayah Mia dengan nada suara yang bersungguh-sungguh ingin mengetahui. "Everything okay,papa! I like my new school. People in that school is very kindhearted and one more thing papa, ada orang suka kat Mia.Hihi " jawab Mia keriangan. "Wow, Mia already have admire. I will tell this to mama." perli ayahnya sambil berdekah-dekah tawanya. " Papa... malu la Mia. Mesti mama gelakkan Mia juga. " Mia jawab dengan suara yang manja. Selepas 5 minit perjalanan, mereka pun tiba di rumah. 

        " Assalamualaikum..sayang..oo sayang... kami dah balik ni," ayahnya memberi salam. " "Waalaikumusalam, abang..Mia." jawab ibunya sambil meyalam ayahnya. Mereka masuk ke dalam rumah lalu berehat di ruang tamu. Ibunya membuatkan secawan air teh untuk ayahnya. Mia terus menukar pakaian sekolahnya dan turun ke bawah semula. " Sayang...now,our daughter already has admire and she seems very happy get new friend there." usik ayahnya. "Papaaa......" Mia memanggil ayahnya menahan geram dan malu. " Wow, anak mama. Mama macam tak percaya la. Sekejapnya anak mama sesuaikan diri, siap ada orang yang minat lagi tu," ibunya mengusik anaknya juga. Mereka berbual-bual menceritakan hari pertama mereka di tempat kerja dan sekolah.

* Nantikan bab yang seterusnya dalam entry akan datang ye. (itupun kalau sudi lagi la nak membacanya)
*Novel yg direka olah sy sendiri buat pertama kalinya.Nama di dlm novel ini adalah rekaan semata-mata. 
*Bagi ade nama yang sama. Maaflah ye..hehe =)   
*Haa,... macam mana??? best ke x best..Kalau best, like2 la kan ye n give comment,okay??

NOVEL : CINTA DAN AIR MATA BY NORBAIZURA KAMARUDIN

Saturday 8 October 2011

Camera samsung (Mana satu yang cantik)

Assalamualaikum adik2,akak2,abang2 dan pembaca2 blog ~ PENGALAMAN MENGAJAR KITA~. Dalam entry yang lepas saya dah ceritakan pengalaman saya mengalami gangguan makhluk halus kan???... tak tahu? ni mesti tak baca entry yang lepas la ni kan??... :(  sedihnya rasa...

Tapi,tak apalah.Dalam entry kali ini saya nak kongsi sikit pasal camera samsung. Samsung ni design die sume lawa2 taw... Conthnya dalam gambar-gambar di bawah ni :

Cute je camera warna ungu ni..Tengokla corak die tu.... 
Yang ni plk color die..Tak menahan betul kan..Sape yang suke pink mesty rase nak beli je camera
ni kan?? Betul x pinky girls??

Camera ni plak reka bentuk die pelik..Tu yang buat rase teringin tu..

Yang ni lak,colour die lembut je..Nampak sweet je kan..?

Ade torchlight ke camera ni ek? Design simple je..Tapi ta taw la nape suke camera ni...

Hmmm....kalo boleh nak beli camera la,sebab hari tu ade orang comment yang gambar yang saya ambil camera nya tak cantik. Maklum la gune camera handphone je. Handphone lak murah je. Huuhu. Hmm, takkan saya nak pinjam camera SI KACAK  plak kan..huhu.... Boleh tak pembaca-pembaca cadangkan kamera yang mane satu paling cun-melecun.... =)



Adakah ianya hantu PENANGGAL????

Assalamualaikum semua...atas permintaan orang meminta saya untuk ceitakan kisah hantu...akan saya penuhi permintaan seseorang itu.. TETAPI, ini adalah pengalaman diri saya sendiri dan ini bermakna ianya adalah kisah benar.. Ingin tahu apa yang saya alami???? Teruskan membaca...

Pada suatu malam,saya sedang asyik bermain komputer riba di dalam bilik tidur di rumah sewa saya. Rumah sewa saya itu adalah sebuah rumah sewa di kawasan kampung. Rumahnya rumah papan dan amat luas. Kami semua tinggal bersama seorang makcik yang berumur 50an agaknya.Di dalam kawasan rumah tersebut terdapat sebuah kubur lama yang tidak diketahui.

Sekitar jam 12.30 tengah malam, rakan-rakan serumah saya sudah tidur semuanya. Dua orang di atas katil dan lagi lima orang di bawah dan saya salah seorangnya.Dengan kedudukan saya sedang menyarap dan berdepan dengan jendela, saya teruskan membalas  mesej rakan-rakan lain di facebook. Lampu di bilik tidur sudah dipadamkan. Malam begitu sunyi sekali dan gelap gelita yang hanya bertemankan cahaya komputer riba  di dalam bilik dan lampu jalan di luar rumah.

Semakin lama saya mengasyikkan diri membalas mesej-mesej teman di facebook, hati saya semakin gusar kerana sudah hampir jam 3 pagi. Tiba-tiba, hati saya terdetik untuk melihat ke arah jendela yang berhadapan dengan kedudukan saya. Lantas saya ternampak sesuatu yang melintasi jendela tersebut. Ianya seperti hantu PENANGGAL, hanya ada kepala ,rambut berjuraian dan tanpa badan.


Saya kaku sebentar, dan terus menutup komputer riba tanpa "menshutdownkanya".Lalu mengambil selimut dan berselubung.Beberapa minit kemudian, saya tertidur ketakutan.

TETAPI apakah benar yang saya lihat itu adalah PENANGGAL???atau pon hanya ilusi... Wallahualam..

SyOKnYE DiE MAnDi KoLAM!!

Aku sebenanye dah lame teringin nak hadiahkan adik2 aku something..tapi tak taw nak hadiahkan ape...
Satu hari tu..kawan2 aku ajak la g tesco..n aku ternampak KOLAM mandi...n aku pon nak belikan..tapi mase tu duit ade RM15 je dalam purse...harga kolam tu RM 15.33.. Aku batalkan niat aku utk beli kolam tu... =(



Tapi, tibe aku dapat taw my parents dah masukkan duit belanja...n kawan2 aku bermurah hati ajak pegi tesco lagi untuk beli semula KOLAM mandi yg aku inginkan...tercapai juge la hasratku....huhu =) what a lovely can buy that thing for my beloved younger sister (Alliya n Natasya)...


Tengok la gambar2 mereka sedang mandi ni...bestkan bile barang yg kite belikan deorang hargai....


Sepatutnye BERENANG kan..tapi adik aku yang natasya ni die sebut..."kakak nak BERENDANG ni.. "
aduih...da 4 tahun..tapi cakap pon pelat lagi...



Okay,yang ini la alliya..memang susah nak ambil gambar die taw...die tak suke....da la ngade2 die ni...ish2... =)


Adik aku yang natasya ni memang suke bergambar..huhu... Kalo nak suruh die ambil gamba,,die kene tutup mulut sebab gigi die rongak.... =)



Ape yang di cari nye tu natasya..???

BrEAkFASt FoR TOdaY

Hari ni aku bangun lewat sikit...kuk 8.05a.m baru aku bangun,itupon sebab adik2 aku bt bising..hmm...tak payah la pasang alarm lagi kan??? adik2 nye mulut dah boleh dijadikan alarm... MAcam biasa la kalo aku bangun je tdo kan,kemas rumah....hehe..tapi hari ni my mum yg buatkan sarapan.. adik aku yang darjah 6 tu hari ni g CAMPING kat GUNUNG DATO.Hm,,ok..nak taw breakfast ape ye.. hari ni makan CEKODOK cicah GULAI KUNING TELUR.. Ha,ni la rupa breakfast aku tok hari ni.....



Agak2 ade sape2 tak nak cube rase kuih ni??? =)

Friday 7 October 2011

PEnGALAmAN BerSAmA SAhAbAt LeLAki di DeSA rHU,

Budak2 laki kat desa rhu ni la yg banyak tolong aku since sekolah lagi,,kalo aku family aku xdapat jmput aku...deorg juge yg tolong,kalo pape je la..deorg yg tolong...nk kte mcm deorg ni dah jadi driver aku plak..huhu..TAPI aku xmaksudkan pon...deorang memang baik...  DIN, EMY, KUTEK, UDIN, RASHDAN, HUSEIN, MOON, APIZ, ALAN, ASRUL, n sume la..sape2 yg x tersebut tu sorry la ye..tawu la kan..kawan2 korang pon ramai..

JAP2..belum habis lagi,,nk tunjuk sikit pengalaman aku kacau dodol ngan deorang ni ha..hehe








Time ni kat kampung DIN kat rembau...aku ikot balik kampung die...sebab lepas tu deorg terus anta aku balik UiTM...Emm,,tgok tu..aku acah2 je kaco dodol tu...bepeluh jge le nak ngacau nye..hehe.....

Thankz korang sebab banyak tolong aku ni...... =)

PengALamAn BersaMA SaHAbAT HAnDAi Di SeREmBAn PuLA






Asyik cerite tentang housemate je kan..kawan aku kat seremban ni mcm mne pule..hehe... kitorg sume dok kat area sikamat..kirenya rumah dekat2 la..bile nak lepak cakap je....sekejap da ade,,cume sekarang ni,bile sume da sambung belaja,nak jumpe macam susah aje.


Bile sorang balik,ade plak yang xdapat balik..hmm..rasenye da lme kitorang xkumpul sekali sume..hmm..
Sahabat2 ku itu adalah YUSNITA, SHERIE, FARAH,AZIRA n SYIKIN....  



I MISS U ALL A LOT la...BILE lagi kite mahu ketemu kawan2 ku.......
seperti ini :





P/S= Kawan2 ku...segala salah dan silap harap dimaafi..semoge persahabatan kite sentiasa kekal wwalopon kite sudah lame tidak berjumpa...Miss korang a lot!!! =)

PeNgaLaMAn - DinNer TimE

Tonight,my mum ask me to cook..."SAMBAL BAWANG CILI API + TELUR" seperti gambar rajah di bawah ini :


First2,da masukkan minyak,then tggu sampai panas kan...masukkan la bawang putih,bawang merah dan cili api yang telah dimesin ke dalam minyak yg panas itu..setelah naik baunye,bawang yg dihiris dimasukkan pula ke dalam kuali tadi...kacau punye kacau...masukkan plak telur sebiji..gaul2,masukkan garam plak...rase sekali xmasin,tambah la garam lagi,rase lagi,xmasin jge,tambah lagi garam...ahh...cukuplah tu..asik tambah garam je...Aku pon angkt la masukan ke dalam pinggan dan hidangkan kepada my papa...
Aku pon sambung on9 balik...selepas beberapa saat duduk di sini,....
terdengar suare memanggil...Angahhhhhh.....laungan daripada papaku..
aku pon menjawan..iye,,nape papa?..

Papa : Masinnya nye lauk ni..
Angah : masin ke?angah rase xmasin2 pon tadi..xpela..hehe
Papa : angah pegi potong bawang lagi sebiji..toskan minyak die dlu,pastu masukkan bawang..

Lalu tanpa berkata apa2,lantas aku berhenty menekan papan kekunci laptop ini dan terus ke dapur utk melakukan tugasan daripada papa ku...
*P/S = pengalamanku memasak bawang yang MASIN tidak akan aku ulangi lagi..



" FRusT BerCInTA "

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.


Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
P/s = Janganlah cepat berputus asa apabila putus cinta..kuatkan semangat,nscaya kamu semua akn lebih tabah mengharungi hidup..keranag segala pengalaman yg kite ade sudah cukup utuk mengajar kite erti kehidupan sebenar..renung-renungkalah..
hehe...like3!

Tak Makan Lagi

Nak tawu x..hari ni nye cite....bangun pagi2,solat,ngaji, anta adik g sekolah..then balik je umah terus bawak adik kecik yg 2 org tu jalan2 naek motor kat taman ni...lepas tu balik umah buat sarapan...sye masak nasi goreng sahaje...lpas tu kemas rumah,rumah ni memang 24 jam kne kemas sebab ade org yg akn sepahkan rumah...hmm..pastu on9 la kjap..tibe2 rase nk bt blog ni...buat2 blog ni..sampay lupe nak makan...aiyooo...sekarang baru terase LAPAR la....tapi blog ni xsiap lagii..sape la boleh bg TUNJUK AJAR nk bt BLOG yg CANTEK2.............. =(

aishiteru


Sambil2 dengar lagu ni...jom la bace sikit ape yang saye nak luahkan  ni... saye sebenanyeee..........
bosan la single..rase xde orang  yg nk tke care pasal. kite..mmg la ramay kawan2,tpy kan xsame dgn boypren ke,pakwe ke,balak ke...emm..btol x??? Kadang rase sunyi pon ade jge...hmm,, rase kosong je.. ibarat kan 58x7/6 + 698 -4 x 8 x 0 = 0..
walaupon kawan2 dah bertambah dan berkurang (mungkin akibat putus kawan ataupun sudah tiada lagi di muke bumi ini) tapi akhirnya bile di darab dengan kosong (tiada boyfren) akhirnye kite akn kesepian jge...hmm..itu la ape yg sye dapat simpulkn sekarang...ok lah..nnti saye cerite lagi sebab adik2 sye kt rumah ni mmg suke la kacau..hehe.....nasib bek adik sendiry kn..hehe...

jALAn2 di sEKITar melAkA bERSamA hOUseMaTE

hehe..time tu nak amek gambar deorg..pastu lmbt sgt..ape lgi..amek la gmbar sendiry...maklumle..suke begamba walopon rupe xseberape..hehe. =)
hmm...alangkah indahnya kalo dapat bersantai macam ni hari2.. 
 Time ni otw nak balik umah sewe da...singgah kejap utk ambil gambar sahaje..then trus balik..sebab mlm nk kmas umah plak...
hehe..kat MP time ni..MP= Mahkota Parade kt Melaka...
 Lpas g makan tu,g karoke lak...nyanyi tah pape je..sore bukan sedap pon..hehe..nk join??jom le...
sempat plak deorg ni nak makeup2 kan..ish2...
 Makan kat sini la..seoul garden..student price murah sikit..Kitorang makan sampai nk tepecah perut..bape jam tah kitorg dok sini..mmg sedap..korg cube la makn kt sini.. SEOUL GARDEN
Duta SEOUL GARDEN..haha...kitorang agaknye makan paling lme kat stu...huhu..since 1.45-4.30 ptg kot...

 Rumah sewe kitorg..time ni tgah tggu org yg lmbt siap..sempat lgi nk begamba..hehe
tgok tu..pinggan sume kosong...banyak tol deorg makan...
 pelik sgt tgok bebola tu ha...tgokla berapa bnyak pinggan ade atas meje kitorang..ni bukan makn..tapi melantak.. =)
time ni..siyez memang xlarat da nak makan...masuk satu je makanan lagi,,,kompem temuntah..haha...
Ni la makanan die,..boleh rebus ngan tomyam..or panggang je kat stu..udang ade.ayam,kepah...bebola..sayur..mm2 r ade...abc pon boleh bt sendiri..tambah la bejuta kali pon....TAPI..kalo xabes kene bayar taw...