Selamat datang ke Blog Saya

Friday 21 October 2011

Cinta dan Air Mata (bab 4)

BAB 4 – Adik angkat


        Perasaan tidak boleh dipaksa, namun ia boleh dipupuk serta disemai. Amir benar-benar cintakan Mia namun perasaan Mia terhadap Amir tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai seorang kawan. Hampir setengah tahun mereka berkawan, keadaan berjalan seperti biasa. Seperti lalulintas yang lancar tanpa kesibukan jalan raya di kota. Tidak lama lagi akan adanya perlawanan bola baling antara sekolah. Mereka harus berlatih bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah.Oleh itu, kapten bola baling telah mengarahkan pemain-pemain yang terpilih menyertai perlawanan untuk turun ke padang. Salah seorang pemain itu adalah Mia. Mia, Fara, Ekin, dan Amir berlatih bersungguh-sungguh. Banyak teknik membaling dan strategi permainan yang harus Mia pelajari. Ekin dan Fara adalah antara pemain terhebat bola baling sekolah itu. Mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada Mia. Mereka berlatih selama dua minggu sebelum perlawanan bermula. Namun, setiap kali Mia berlatih, Mia sering rasa diperhatikan. Namun, Mia abaikan perasaan nya itu dan terus fokus berlatih. Dia tidak mahu pasukan mereka kalah disebabkan dia.
             
                Satu ketika itu, hujan renyai-renyai sedang membasahi permukaan rumput di padang sekolah. Disebabkan tarikh perlawanan semakin hampir, latihan diteruskan juga. Mereka bermain dalam basahan hujan dan salutan lumpur-lumpur di kaki mereka. Mereka berkaki ayam kerana tidak mahu kasut mereka kotor. Setiap 30 minit latihan, mereka akan berkumpul di dewan terbuka untuk membincangkan strategi-strategi serta taktik yang bakal digunakan dalam perlawanan akan datang. Ketika itulah Mia dan pemai-pemain lain dapat meneguk air mineral yang dibekalkan oleh guru penasihat. Setiap air yang melalui, membasahi saluran tekak mereka. “ Ahhh….”. Begitu nikmat sekali apabila dapat meneguk air setelah 30 minit berhempas pulas membaling bola ke arah jaringan gol. Setelah selesai meneguk air mineral Tesco itu, Mia menutup kembali botol air dengan penutu botol tersebut. Di waktu itu, Mia merasakan lagi sepertti ada yang memerhatikannya. Beberapa minit berehat, latihan diteruskan kembali. Latihan diadakan selama dua jam.
              
            “ Tik,tik,tik …” jarum saat bergerak. Beberapa saat sahaja lagi jarum jam akan  menunjukkan tepat jam 5 petang. Itu menandakan latihan telah pun tamat. Mereka berjalan laju ke arah paip air untuk membersihkan diri. Sedang Mia berjalan, muncul seseorang di hadapannya dan berkata… “ Hai, akak. Saya dah lama perhatikan akak. Boleh tak kalau akak jadi akak angkat saya,” tanya seorang pelajar tingkatan 2 bernama Mirul yang selalu memerhatikan Mia bermain. Jangkaan Mia tepat. Memang ada orang yang memerhatikannya. Mia terperanjat akan soalan yang diajukan pelajar junior dihadapannya itu. Mia terdiam sebentar dan menjawab “ Eh, mane adik kenal akak? Kenapa tiba-tiba nak akak jadi akak angkat adik?”. “ Dua minggu lepas, adik ternampak akak berlatih main bola baling. Adik tak ada akak. Adik anak tunggal. Masa tengok akak main, adik tiba-tiba nak akak jadi akak angkat adik. Tu yang adik selalu tengok akak”, jawab Mirul sayu. Mia mudah kesian dan simpati terhadap orang lain, oleh itu Mia menerimanya sebagai adik angkat dan memberikan nombor telefonnya. Mirul begitu gembira sekali. Mereka sering menghantar pesanan ringkas tidak kira malam atau siang. Sejak daripada itu, hubungan Mia dan Amir mulai renggang seperti tali kasut yang sudah haus. Hanya masa sahaja tahu bilakah tali kasut itu akan terputus.
           

         Masa yang dinanti telah pun tiba, iaitu perlawanan bola baling peringkat sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Seremban dijadikan sebagai tapak perlawanan. Setibanya mereka di padang sekolah tersebut, jantung Mia berdegup laju. Darahnya mengalir deras seperti air terjun di Jeram Toi. Kelihatan ramai pemai-pemain yang mamakai jersey yang berlainan warna melambangkan sekolah masing-masing. Mia seperti tidah mahu menyertai perlawanan tersebut, namud Ekin dan Fara menenangkan hatinya yang penuh dengan perasaan gemuruh itu. Diminumnya air mineral bagi menghilangkan perasaan gemuruh tersebut. Tidak lama lagi pasukan kami pula akan masuk gelanggang. Amir datang ke arahnya untuk memberikan semanga dan ucapan “Goodluck”. Selesai sahaja ucapan yang daripada Amir… “ Tweet, tweet… SMS…” telefon bimbit Mia berbunyi. Mia mengeluarkan telefon bimbitnya daripada kocek seluarnya dan membuka pesanan ringkas tersebut. “ Akak, buat yang terbaik. Adik tau akak boleh. Adik sentiasa doakan akak boleh buat ,ye! Sayang akak..,” pesanan ringkas daripada Amir memberikan kata-kata semangat. Mia tersenyum sendiri membaca pesanan tersebut. Lalu dimasukkan telefonnya ke dalam beg. Amir yang berada di sebelahnya hanya memandang sahaja tanpa mengetahui yang dia sudah pun mempunyai adik angkat di sekolah mereka.
       
              Sekarang, pasukan SMKDHMR perempuan bawah 18 tahun akan beraksi di tapak permainan. Mia berdiri dan senyum ke arah Amir. Amir sentiasa menyokong Mia dan pasukannya. Amir meyaksikan daripada atas melihat perlawanan tersebut dan meyorak pasukannya. Pasukan perempuan bermain sehingga titisan darah yang terakhir. Mia mengeluarkan segala tenaga dan kudratnya untuk memasukkan gol. Ekin dan Fara pula berlari ke hulu dan ke hilir mengejar bola. Masing-masing menggunakan strategi yang telah dipelajari mereka sewaktu latihan. Sedang asyik pihak lawan membawa bola, lalu Mia mengambil nya dengan mudah dan membaling padat bola tepat ke arah gol. Amir tepuk tangan begitu kuat sekali dan menjerit nama Mia. Mia tersenyum apabila mendengar suara Amir. Setelah hampir 3 jam perlawanan, pengumuman bagi pasukan yang menag akan diumumkan. Jantung setiap pemain begitu berdebar sekali. “Dup,dup,dup….” Denyutan jantung Mia semakin berdegup laju. Mia memejam matanya dan nama pasukan SMKDHMR telah menjadi juara dalam perlawanan tersebut. “Alhamdulillah” terkeluar perkataan itu daripada Mia menunjukkan tanda bersyukur. Tidak sia-sia latihan mereka selama ini walaupun terpaksa berlatih dalam basahan hujan dan salutan lumpur.Mereka menjulang pingat emas tersebut bersama-sama. Tetapi, sewaktu pengumuman tersebut, Mia tidak Nampak pun kelibat Amir di situ. Di dalam fikiran Mia bermain penuh persoalan,“Kemanakah Amir menghilang ye? Mengapa dia tiada di sini??”.



* Nantikan bab yang seterusnya dalam entry akan datang ye. (itupun kalau sudi lagi la nak membacanya)
*Novel yg direka olah sy sendiri buat pertama kalinya.Nama di dlm novel ini adalah rekaan semata-mata. 
*Bagi ade nama yang sama. Maaflah ye..hehe =)   
*Haa,... macam mana??? best ke x best..Kalau best, like2 la kan ye n give comment,okay??

NOVEL : CINTA DAN AIR MATA BY NORBAIZURA KAMARUDIN

2 comments:

  1. Amir meyaksikan daripada atas melihat
    perlawanan tersebut dan meyorak pasukannya ....

    aku ase melihat tu x yah kot..kn ko da tulis menyaksikan... juz cadangan... overall okey...

    ReplyDelete
  2. haah...gud idea...thankz ye...after diz boleh deperbaharui agy....

    ReplyDelete