Selamat datang ke Blog Saya

Thursday, 13 October 2011

Cinta dan Air Mata (bab 2)

BAB 2 


         
 “ Allahhuakhbar Allah….huakhbar …….” Laungan azan subuh bergema daripada masjid Desa Kiara kedengaran sehingga di rumah Mia. Tetapi Mia masih lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tepat sahaja jam 6.20 pagi…., “ You are my sunshine, my only sunshine…” alarm telefon bimbit Samsung CG-3303i Mia berbunyi. Mia meraba-raba di bawah bantal mencari telefon bimbitnya untuk mematikan alarm. Sejurus sahaja Mia mematikan alarm tersebut, dia menyambung kembali mimpinya. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi ketukan pintu di selangi panggilan dari ibunya. " Mia...Mia..bangun nak.. Nanti papa Mia bising nanti, " jerit ibunya. Dengan keadaan yang lemah, Mia terduduk sebentar si atas katilnya yang empuk dan berkata, " Ya, mama...Mia dah bangun dah," jawab Mia lemah. Mia mengesat-ngesat matanya lantas mencapai sehelai tuala yang tergantung di belakang pintunya dan terus ke bilik air. Disangkut kan tuala mandinya di penyangkut dan membuka pancuran air.Setelah siap membersihkan diri, Mia membuka almari pakaian nya dan mengenakan pakaian seragam sekolahnya.



             " Mia....Mia, turun cepat sayang," ayahnya memanggil. "Ya,papa. Mia da siap lah. Mia pun tak mahu lewat ke sekolah. Mia nak jadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain, " perli Mia dan tertawa berdekah-dekah. " Tengoklah anak abang tu, sama je  perangainya dengan abang," beritahu ibunya sambil tertawa kecil. " Mestilah kan Mia, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, " berperibahasa pula ayanhya di pagi hari. Mereka berbual-bual sambil bersarapankan roti telur dan air milo yang dibuat oleh ibu Mia. Tepat jam 7.00 pagi, ayahnya menghantar Mia ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Sebaik sahaja Mia turun dari kereta Mercedes ayahnya, dia terus melangkahkan kaki ke tapak perhimpunan. Pagi-pagi lagi Mia telah terserempak dengan Amir dan kawan-kawannya. Amir memanggil Mia, tetapi Mia masih mengendahkannya. Mia berasa tidak selesa dengan sikap Amir yang tak habis-habis mengacaunya. Mia hanyalah seorang gadis biasa dan ramai lagi pelajar perempuan yang cantik-cantik di sekolah tersebut, tetapi Mia hairan menagapa Amir selalu mengacaunya. Dengan andaian sebegitu, Mia tidak mahu melayan Amir kerana mungkin Amir hanya ingin mempermainkan perasaannya. 


             Perhimpunan diadakan selama 20 minit dan terus dibenarkan ke kelas masing-masing. Pembelajan dan pengajaran juga telah berjalan seperti biasa mulai hari ini. Di dalam kelas, Mia duduk di baris hadapan sekali. Mia ingin berjaya dan bertekad untuk dapatkan kedudukan yan pertama di dalam kelas. Matapelajaran yang paling digemari Mia adalah akaun dan pendidikan seni. Mia belajar dengan khusyuknya dan sering bertanya soalan jika tidak memahami sesuatu perkara. Seharian di sekolah membuatkan Mia berasa gembira kerana menggemari cikgu-cikgu yang mengajarnya dan faham apa yang diajarkan olah gurunya. Bukan itu sahaja, kawan-kawan barunya juga  sentiasa menceritakan hal-hal pelajar di sekolah itu. Ida seorang pengawas sekolah sejak dari tingkatan 3 lagi dan dia tahu akan perihal pelajar di sekolah tersebut. Setiap kali " spotcheck " dijalankan, pasti ada sahaja pelajar yang menyorokkan telefon bimbit mereka di tandas, bendul kelas, dalam baju dalam dan juga seluar dalam. Berdekah-dekah Mia tergelak apabila terdengar ada pelajar yang menyorokkan telefon bimbit di dalam baju dalam ataupun seluar dalam. 


           Ekin menyampuk, " Mia kau nak tahu tak, Amir tu lah yang sorokkan telefon bimbitnya di dalam seluar dalam.Hehehe." Mia tersipu malu lantas bertanya kepada Ida, " Ida, Amir tu selalu kacau aku. aku rimas lah." "Alah, Mia. Biarkan saja dia. Dia memang begitu. Pantang nampak pelajar baru pasti akan dikacaunya." jelas Aida. Mia hanya menggangukkan kepalanya dan terus mendengar cerita kawan-kawannya. Yuri bercerita pula. Dia menyatakan bahawa pada suatu ketika dahulu terdapat pergaduhan kaum di sekolah ini. Mia kurang faham dan bertanya, " pergaduhan kaum? means..?".  Zara menerangkan kepada Mia bahawa pergaduhan kaum antara Cina dan Melayu. Sehinggakan cikgu sendiri tidak tahu untuk bt apa dan satu penyelesaian sahaja,memanggil polis. Hal itu dileraikan oleh polis. Pelbagai cerita yang diceritakan oleh mereka kepada Mia. Mia terkejut mendengar akan cerita itu. Selepas itu, seorang demi seorang menceritakan perkara yang berlaku di sekolah mereka.


CINTA DAN AIRA MATA by Norbaizura Kamarudin







* Nantikan bab yang seterusnya dalam entry akan datang ye. (itupun kalau sudi lagi la nak membacanya)
*Novel yg direka olah sy sendiri buat pertama kalinya.Nama di dlm novel ini adalah rekaan semata-mata. 
*Bagi ade nama yang sama. Maaflah ye..hehe =)   
*Haa,... macam mana??? best ke x best..Kalau best, like2 la kan ye n give comment,okay??


7 comments:

  1. u r my sunshine n amir? cam kenal je haha

    ReplyDelete
  2. hurm..pergaduhan kaum yerk..??polis yerk??sambung la novel awk nih cepat cik zura oiii..bnyk ctew tntng redza nih..hikhikhik

    ReplyDelete
  3. fyra : haha...pinjam lagu...lupe nk minx izin..hehe.. n amir tu siyez xtpikir lgsung..hoho..kbetulan betul kn..


    Aien : hehe..mesty la..belum klimax lg tu.bnyak lg..nk tgok bnyak smbutan ke x..klo x.. cancel kn je novel ni.huhu.. ajak la kawan2 bace skali... =)

    ReplyDelete
  4. haha~ my sunshine ea~kalau leh~letak skali name penyanyi nye! bru besh!
    (sbenarnye~ aku yg nak tahu lagu ape tu ^^)

    klau leh~ jage die punye ejaan ^^
    Contoh ea~
    -->pembelanjan dan pengajaran
    -->menagapa
    n ape ni? -->bt
    buat ea? :D

    hehe~ cam kenal je yg power akaun tu~ :D

    haha~ ape2 pun :D
    usaha lagi wey!
    Cari mood dlu!
    biar lambat! quality adr~
    biar ktorang suspen je~ tertunggu2 :D

    tpi~actuly ktorang x saba nak tunggu eps sterus nye :)
    k~ Fighting!
    gudluck~

    ReplyDelete
  5. haha...ade yang tersalah eja..nnty aku btulkan..hehe...emm...ok2.. aku cube bt yg terbaek tuk episod 3 k..sape je power akaun..huhu
    thankz bnyak bg taw salah silap aku.. =)

    ReplyDelete
  6. cubaan yang bagus bai...mungkin boleh upgrade lagi dari segi pengolahan ayat..biar nmpk lebih berbunga ... ayat biar ringkas tapi padat..aku pon bkn nye reti pon ..hahahaa... contoh nye..

    ayat ko :
    Sehinggakan cikgu sendiri tidak tahu untuk bt apa dan satu penyelesaian sahaja,memanggil polis. Hal itu dileraikan oleh polis.

    mungkin ko boleh wat ayat nye...
    sehingakan cikgu menemui jalan buntu dan terpaksa menghubungi pihak polis bagi meleraikan mereka ....

    ReplyDelete
  7. ok2..thankz2...gud idea...m,aklum la tulis novel ni time tgahari....paksekan diri jugak bt sebab ase dah lame x godek2 blog..huhu...thankz ye...

    ReplyDelete