Selamat datang ke Blog Saya

Sunday, 9 October 2011

Cinta dan Air Mata (bab 1)

Bab 1- Hari petama
       Hidup ini umpama berada di sebuah lautan yang luas, dan aku hanyalah umpama semut di padang pasir. Aku tidak tahu arah tujuku dan aku juga tidak tahu apa yang aku inginkan di dalam hidup ini. Arggghhhhh!!! Mia menjerit sekuat hati kerana terlalu banyak perkara yang bermain di kotak mindanya. Mia bermonolog sendiri, "Kenapalah aku ni asyik kene ikut papa tu je. Pindah sana, pindah sini. Aku juga lah yang merana. Kawan baru sekejap, sudah kena pindah sekolah. Tension la aku! ". Mia berumur  16 tahun dan dia akan berpindah sekolah sekali  lagi. Masuk kali ini sudah 4 kali Mia berpindah sekolah. Ayahnya seorang yang berkerjaya manakala ibunya pula suri rumah tangga sepenuh masa. Mia adalah anak tunggal kesayangan mereka. Hari ini Mia akan mulakan hidupnya sekali lagi di sekolah baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Redza, Sikamat di Seremban, Negeri Sembilan. 

          "Miaa....anak papa. Hurry up sayang! Papa tidak mahu lewat ke tempat kerja. Papa nak jadi bos yang boleh beri contoh dan teladan yang baik kepada pekerja papa, " celoteh papa Mia pagi-pagi lagi. " Ye, papa! Mia turun sekarang, " jawab Mia. Mia seorang anak yang baik. Dia hormat akan ayah dan ibunya. Dia ikutkan sahaja segala perintah kedua orang tuanya. Setelah terdengar panggilan ayahnya, lantas Mia pun turun ke bawah dan bersarapan bersama ayah dan ibunya. "Cantik Mia hari ini. Mentang-mentang masuk sekolah baru, nak tackle lelaki-lelaki di sekolah ke? " usik ibunya. " Mama, Mia tak sukalah cinta-cinta ni. Mama pun tahu kan kenapa." jawab Mia. Mia tidak pernah bercinta sehingga hari ini kerana die sering berpindah-randah. Setelah selesai sarapan, Mia bingkas bangun dari tempat duduknya dan salam ibunya lantas masuk ke dalam kereta. Mia sudap bersiap sedia untuk ke sekolah barunya.

         " Macam mana lah kat sekolah baru nanti ya? Aku nak tegur orang dulu ke, biar orang je yang tegur aku? Aku nak rehat dengan siapa nanti? Aduhh, malasnya aku nak fikir ni semua lah. " fikiran Mia terlayang sementara tiba di sekolah. " Mia.. Mia..., kita dah sampai sekolah kamu ni," sentak ayahnya. "Ehh, dah sampai! Mia tak perasan lah papa. Papa jangan lupe jemput Mia ye balik nanti. " suara sayu Mia kedengaran. " Okay, anak papa. Mia jaga diri baik-baik ye. Jangan sombong sangat kat sekolah tu dan cuba suaikan diri ye sayang," pesan ayahnya. Mia pun menutup pintu kereta dan  melangkah masuk ke dalam sekolah dalam keadaan berdebar. Ramai orang sudah berada di dalam dewan tertutup sekolah itu. Mia terus melangkah masuk ke dalam dewan dan.....  " Psstt,pssttt...awak, awak sini la. Duduk sebelah saya. Awak pelajar baru di sini kan." seorang lelaki yang bernama Amir mengacau Mia. Amir adalah seorang yang terkenal di sekolah kerana kenakalannya. Mia terus ke hadapan tanpa mengendahkan panggilan Amir dan duduk di sebelah hujung sekali bahagian hadapan.

           Orientasi di sekolah tersebut berjalan selama 3 hari tetapi Mia mula masuk ke sekolah hari yang terakhir orientasi di sekolah tersebut. Di akhir orientasi, pengacara majlis mengarahkan pelajar-pelajarnya supaya mendaftar ko-kurikulum di dewan terbuka sebaik sahaja selesai orientasi. Mia tidak tahu mahu memilih ko-kurikulum apa dan tidak tahu di mana dewan terbuka. Setelah orientasi selesai, semua pelajar di dewan bangun dan beredar ke dewan terbuka. Mia hanya ikut sahaja pelajar-pelajar perempuan yang lain dan menyapa salah seorang daripadanya. " Hai, awak. Saya pelajar baru di sini. Nama awak apa ya? Saya Mia Maisara, boleh panggil  Mia je," Mia menyapa. "Ooo.. Hai, Mia. Saya Farah Farhana, panggil Fara je. Yang ini pula Yuri, Zara, Ida dan Ekin. Kitorang satu kelas. Kelas 4 Dinamik." terang Fara. " Hai, Yuri, Zara, Ida, Ekin. Saya pun 4 Dinamik juga. Satu kelas lah kitakan." Mia berkata. " Kalau begitu, mari lah ikut kitorang daftar ko-kurikulum dan ikut je lah kitorang,ok?" ajak Yuri. Tanpa berfikir panjang, Mia terus bersetuju dan berasa amat gembira sekali. Mia tidak sangka bahawa di sekolah itu ramai orang yang peramah. Tidak seperti sekolah sebelumya, setahun di sana tetapi susah mendapat kawan yang peramah seperti di sini.

         Setelah selesai sesi mendaftar, semua pelajar masuk ke kelas masing-masing untuk sesi suai kenal di dalam kelas pula. Guru kelas kami bernama Faridah. Dari raut wajahnya, Cikgu Faridah kelihatan tegas tetapi nampak wajah keibuannya. Manis sahaja wajah cikgu Faridah. Mia rasa seronok walaupun baru sekejap sahaja di situ. Kawan-kawan kelasnya pun baik belaka. Kawan lelaki kelasnya pula ramai yang pemalu. Pelajar 4 Dinamik adalah kelas akaun dan mereka semua tidaklah senakal pelajar kelas sastera.
Amir yang mengacau Mia di dewan tadi adalah pelajar kelas sastera iaitu 5 Gigih. Setelah beberapa jam di sekolah.... " Kriiinngggggg....." loceng menandakan waktu rehat pun berbunyi. Semua orang berpusu-pusu keluar kelas. " Jom, Mia. Kita makan di kantin. Mee kari dan Nasi lauk ayam merah di kantin sekolah ini sangat sedap. Kalau lambat memang habis lah nampaknya. " kata Zara. Mia dan kawan-kawan barunya pun menuju ke kantin bersebelahan dewan tertutup. Memang kelihatan ramai orang di kantin sekolah. 
           
        " Aduhh! Lelaki tadi ada kat sini lah pulak!" Mia berkata sendiri sambil menyorokkan dirinya di sebelah Yuri. Tiba-tiba terdengar sapaan daripada arah belakang mereka. " Idaa..Idaa..,sini jap." terjah Amir. Ida dan Amir memang berkawan rapat sejak daripada tingkatan satu lagi. Selepas terdengar sapaan daripada Amir, Ida menyuruh kawannya membeli makanan dahulu dan dia berborak dengan Amir sebentar. " Haa...ada apa, Amir?? Ehh,, jap,jap..Aku tahu kenapa kau panggil aku ni. Kau nak tanya pasal budak baru tu kan. Aku kenal la kau." perli Ida sambil ketawa. " Kau ni memang pandai lah, Ida. Betul lah tu apa yang kau agak tu. Si Amir ni asyik usha budak baru tu je dari tadi," kata kawan Amir,Asri. " Ehh, kau ni pandai-pandai je lah Asri.Aku panggil Ida sebab aku sudah lama tidak jumpa dia. Ida, kau ni makin comel lah sekarang. aku rindu kat kau, kau rindu kat aku tak?? " kata Amir sambil tersenyum. "Ahh, sudahlah kau Amir.Hentikan lah sandiwara kau tu. Cepatlah, aku nak makan ni." jawab Ida. "Baiklah,baiklah ida ku sayang. Janganlah marah-marah,nanti kau tak comel. Hihihi. Sebenarnya, hatiku sudah terpaut kat budak baru tu. Dia budak kelas kau kan? Dia tinggal mane ya? Berapa nombor telefon dia? Tolonglah aku Ida. Kau kan baik, comel pulak tu. " bodek Amir. Ida berkata " Aah, dia budak kelas aku dan dia tinggal kat Desa Kiara je. Ok lah, aku nak pegi makan ni. Bye. "Ida..Ida,,,jap...Tolong kirim salam kat dia ya." pesan Amir.

         Ida pun pergi beli secawan air sirap dan sebungkus nasi lemak lalu membawa makanan tersebut ke arah kawan-kawannya. Belum sempat Ida melabuhkan punggungya di bangku kantin...." Apa yang si Amir and kawan-kawan dia tu nak,ida? " tanya Fara. Ida membalas tanyaan Fara, "Ehh, bagilah aku duduk dulu kot ye pun nak tanya." "Hehe, duduklah...duduklah.. Haa, apa yang dieorang nak tadi?" Fara mengulangi soalannya. Yuri, Ekin, Zara dan Mia memberi perhatian kepada Ida untuk mengetahui apa yang Amir dan kawan-kawannya mahukan. Mia terkedu sejenak mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Ida tetapi kawan-kawanya yang lain menunjukkan respon yang biasa sahaja. " Laaa, aku dah agak da." jawab Ekin ,Yuri dan Zara serentak.Mereka pun teruskan makan makanan yang dibeli oleh mereka sehingga habis. Beberapa minit kemudian... " Kriiinnggggg....." sekali lagi loceng sekolah berbunyi tetapi menandakan waktu rehat sudah pun tamat. Mereka semua masuk ke kelas masing-masing semula tetapi Amir dan kawan-kawanya merayau satu sekolah. Itulah kebiasaan Amir sehingga cikgu-cikgu di sekolah sudah kenal sangat dengan mereka tu. Hendak memberi surat amaran, sudah diberi. Gantung sekolah? sudah juga, tinggal lagi buang sekolah sahaja. Walaupun mereka begitu cikgu yakin bahawa mereka boleh berubah. Amir dan kawan-kawannya akan diberikan sesi kaunseling bersama Ustaz Idris dan Cikgu Sarimah.

         Sesi pengajaran dan pembelajaran masih belum dijalankan lagi pada hari ini. Hari ini hanyalah sesi suai kenal di dalam kelas serta cikgu-cikgu matapelajaran. Mia bersembang-sembang dan mengenali antara satu sama lain dengan kawan-kawan barunya. Mia telah pun menjadi ahli kumpulan Fara. Antara kumpulan yang dikenali di sekolah. Tepat jam 2.30 petang, jam loceng berbunyi sekali lagi tanda berakhirnya sekolah pada hari itu. Kelihatan banyak bas-bas sekolah, kereta serta motor di kawasan luar sekolah. Semua pelajar berpusu-pusu keluar mendapatkan kenderaan untuk mereka pulang. Mia menjenguk-jengukkan kepalanya mencari ayahnya. 

        Mia menunggu ayahnya di bawah sebatang pokok besar di luar sekolah tersebut. Mia memandang ke arah jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 2.40 petang. Tidak lama kemudian... "ponnn..ponnn...." bunyi hon kereta ayahnya membuatkan dia tersentak daripada lamunan. " Papa, lambatnya papa datang, tapi tak mengapa, Mia tak kisah pun," kata Mia sambil tersenyum manja. Ayahnya terus menolak ke arah gear 1 dan terus memandu pulang sebaik sahaja Mia masuk ke dalam kereta. Volume radio diperlahankan oleh ayahnya dan..."Mia, how your school dear, is everything okay?" tanya ayah Mia dengan nada suara yang bersungguh-sungguh ingin mengetahui. "Everything okay,papa! I like my new school. People in that school is very kindhearted and one more thing papa, ada orang suka kat Mia.Hihi " jawab Mia keriangan. "Wow, Mia already have admire. I will tell this to mama." perli ayahnya sambil berdekah-dekah tawanya. " Papa... malu la Mia. Mesti mama gelakkan Mia juga. " Mia jawab dengan suara yang manja. Selepas 5 minit perjalanan, mereka pun tiba di rumah. 

        " Assalamualaikum..sayang..oo sayang... kami dah balik ni," ayahnya memberi salam. " "Waalaikumusalam, abang..Mia." jawab ibunya sambil meyalam ayahnya. Mereka masuk ke dalam rumah lalu berehat di ruang tamu. Ibunya membuatkan secawan air teh untuk ayahnya. Mia terus menukar pakaian sekolahnya dan turun ke bawah semula. " Sayang...now,our daughter already has admire and she seems very happy get new friend there." usik ayahnya. "Papaaa......" Mia memanggil ayahnya menahan geram dan malu. " Wow, anak mama. Mama macam tak percaya la. Sekejapnya anak mama sesuaikan diri, siap ada orang yang minat lagi tu," ibunya mengusik anaknya juga. Mereka berbual-bual menceritakan hari pertama mereka di tempat kerja dan sekolah.

* Nantikan bab yang seterusnya dalam entry akan datang ye. (itupun kalau sudi lagi la nak membacanya)
*Novel yg direka olah sy sendiri buat pertama kalinya.Nama di dlm novel ini adalah rekaan semata-mata. 
*Bagi ade nama yang sama. Maaflah ye..hehe =)   
*Haa,... macam mana??? best ke x best..Kalau best, like2 la kan ye n give comment,okay??

NOVEL : CINTA DAN AIR MATA BY NORBAIZURA KAMARUDIN

8 comments:

  1. ok aku dh baca. wah, not bad la wei. mcm novel betul kau tau. ade bakat rupanya kwn aku ni. teruskan usaha anda ye. :)

    ReplyDelete
  2. yeke..thankz simanisleenafa....huhu... i will try my best...

    ReplyDelete
  3. TERBAEK!!! hahaha~
    bagus2 :D

    klau pndhuluan bleh dikembang lagi~
    lebih terperinci~
    mungkin lagi bgus ^^

    anyway~ ok gak~
    lagi2 time name skolah tu :D
    hahaha~
    rindu2 (>.<)

    ReplyDelete
  4. hehe...best kan..huhu...emm.. ok. i try my best.... first time bt so xtaw cmne...da la x bce novel..hehe
    thankz k...

    ReplyDelete
  5. hurm zura..mcm knal lah nme2 cikgu kat skolah nih..hikhikhikhik...skolah nih pun sme jerk tmpt2 nye kan..heeee....

    ReplyDelete
  6. aien : hehe..xde kene mengene la.. =) rekaan semate2..hehe

    ReplyDelete
  7. ye kew rekaan zura..tp cikgu sarimah mmg bahagian kaunseling kat redza uh..

    ReplyDelete
  8. haha...kantoi la....name cikgu je btol..name org tak betol taw...hehehe.....

    ReplyDelete